Tuesday, March 31, 2009
huh!!aku kepenatan setelah 3 hari 2 malam ku tidak tidur kerana bercamping di impian country resort di sungai congkak.satu camp yang agak best buat aku walaupun aku tidak terlibat secara total tapi aku tetap rasa tenang dengan keadaan yang sunyi dengan bunyi sungai,bunyi cengkerik waktu malam serta burung-burung yang berkicauan di waktu pagi ditemani dengan warna-warna hijau yang menenangkan.alhamdulillah minda aku terasa lapang.
sebenarnya aku mengikuti camp ini hanya untuk tenangkan minda aku daripada berfikir tentang masalah yang melanda diri aku.well dalam kesibukkan aku bekerja,banyak masalah yang melanda diri aku terutama berkaitan dengan emosi.iaitu selepas As balik dari plkn,dia letak gambar-gambar dia semasa di PLKN.
dan aku dah memang agak bahawa dia telah beralih angin dan berjumpa dengan orang lain yang bernama mohd sahar aliff.tapi aku hanya manusia biasa.tiada pertalian istimewa dengan dia jadi aku pun buat bodoh je la walaupun di hati tiada siapa yang tahu.
berbalik kepada topik,sampai di impian country resort pukul 3 lebih.bertolak dalam pukul 2.50 petang.sebelum bertolak,sesi bergambar diadakan.tidak semua pengawas pss yang mengikuti camp kali ini.
setelah sampai di impian country resort,seperti biasa ice breaking diadakan setiap kali camp diadakan.mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan.setiap kumpulan mempunyai 9 orang.facy dari sekolah hanya 6 orang dan facy diluar sekolah ada 5 orang termasuk aku,ustaz Ot dengan cikgu zainal selain hadri dengan alas.
tapi aku,hadri dengan alas tidak berapa terlibat sangat sebab camp ini bukan camp aku atao mereka tapi pengawas pss.
hari pertama lagi sudah masuk hutan ketika malam.iaitu night walk yang dikendalikan oleh seorang yang agak berpangkat tinggi juga dalam akademik sampai ade pangkat datuk ape tah nama dia.tidak ingat sebab panjang sangat.dia merupakan seorang yang tegas mengenai agama.
sebelum bertolak masuk ke dalam hutan,kitorang semua bermusahabah di atas padang pasir berdekatan dengan homestay kitorang.selepas itu baroo lah mereka membenarkan masuk ke dalam hutan hanya berdua dalam satu kumpulan.
mereka perlu memegang tali sambil berjalan didalam gelap dalam hutan untuk keluar dari hutan.ketika itu sudah pukul 11.20 malam.aku berjaya keluar dalam pukul 12.10 pagi.hanya 4 orang yang tidak mengikuti night walk itu kerana masalah kesihatan.kasut puan muna juga telah koyak semasa aktiviti itu.hahaha.
selepas semuanya sudah keluar,sesi ceramah mengenai apa yang dilalui semasa night walk.semuanya kene marah dengan cikgu gara-gara empat orang yang tidak ikut kerana takut.maybe cuma dua orang je kot yang takut yang lagi dua tu memang ade masalah kesihatan.
selepas itu semuanya pergi ke dewan makan untuk makan snek waktu malam dan semuanya tido.
keesokkan harinya selepas solat subuh,cikgu zainal mengaturkan program kecergasan diri iaitu senaman diwaktu pagi.setelah selesai,mereka dijemput untuk menikmati sarapan pagi.setelah itu,mereka semua duduk didewan untuk sesi program bersama dengan cikgu rais.
seusai selesai program dengan cikgu rais,mereka semua solat zohor dan dikendalikan oleh ustaz Ot sesi tazkirah yang agak panjang sehingga pukul 5 petang.setelah itu mereka diarahkan untuk solat asar dan bersiap di padang untuk aktiviti jungle tracking sambil memasak didalam hutan.
tempatnya tidak jauh seperti tahun tahun sebelumnya.tapi ok la juga.didalam hutan sampai pukul 2 pagi baru ambik mereka untuk pulang ke homestay.mereka semua sudah tidak bermaya lagi untuk bergerak kerana keletihan memasak dan keadaan yang tidak selesa didalam hutan kerana pacat dan sebagainya.
tapi kami sebagai facy yang berpengalaman,perkara seperti itu adalah biasa.makanan yang dibekalkan kepada setiap kumpulan untuk memasak ialah beras,ayam dan sayur.mereka perlu siapkan makan malam mereka dengan memasak sendiri menggunakan garam,gula,minyak dan sebagainya didalam nestine.bagi facy,kami hanya memasak maggie dan makan makanan ringan sahaja.hahaha.siut je.peserta makan makanan yang best,facy makan maggie je.hahaha.
sementara menunggu pukul 2,aku dan lain laina membuat unggun api didalam hutan.ade 2 unggun api di tapak kitorang.peserta yang lain semuanya guna lilin je.hahaha.
ketika tiba di resort,ade satu kumpulan yang kehilangan pisau dan sudu.maka semua kumpulan didenda untuk berendam didalam sungai pukul 3.30 pagi.betapa sejuknya ketika itu tambahan lagi ketika hujan renyai.memang tak terkata ar sejuknya air sungai ketika itu.
keesokkan harinya,kami semua diteruskan dengan sesi ceramah seperti biasa mengenai peralatan semua dan mereka dibenarkan mandi sungai.aku,hadri dengan alas tak mandi sungai tapi hanya rendamkan kaki ke dalam sungai je sambil main baling batu lompat di atas air.hahaha.
selepas itu semuanya bersiap sedia kemas bilik,makan dan solat.setelah itu sesi bergambar diadakan di depan dewan makan untuk kenangan.mereka semua di arahkan menaiki bas masing masing untuk pulang ke sekolah.tiba disekolah sekitar pukul 2.30 petang.
gambar akan diuploadkan kemudian sekiranya gambar itu ditransferkan ke dalam perisian komputer ini sekiranya diberi.
selepas ini aku akan sibuk dalam latihan kawad kaki peringkat daerah dan latihan nasyid peringkat daerah pada hari sabtu ini iaitu 4 haribulan 4.kalau ade masa,insya~Allah akan bertambah entri lagi.
currently listening:
1,2,3,4, I Love You By Plain White T's